Assalamuaikum
semua.
Sekejap je masa berlalu. Pejam celik dah 3 tahun aku tinggalkan alam
persekolah. Alam yang mengajar aku erti sebuah NILAI
SEBUAH PERSAHABATAN. Terbentuk peribadi seseorang melalui cara didikan di
alam persekolahan selain daripada ibu bapa. Yes! Aku amat merindui saat2 manis
itu. Saat kami semua berkejaran dengan buku. Berperang dengan matematik
tambahan, kimia, fizik, biology, dan lain2. Saat tiap2 hujung minggu pun still
kena pergi kelas tambahan. Bahagia. Bahagia. Bahagia jika teringat detik2 di
alam persekolahan sautu ketika dahulu. Ternyata detik tersebut tidak akan
pernah aku lupa walau apa pun yang terjadi. Im promise. Sekolah
menengah kebangsaan dato razali ismail. Sekolah yang banyak menyimpan
seribu kenangan. Form 5. Kelas kami diberi nama 5 AL-RAZI. Penghuni ni
31 pelajar. Kelas kedua daripada 6 buah kelas. Merupakan kelas sains tulen. Susah senang
kami sentiasa bersama kan. Kelas sekecil yang mampu memuatkan kami semua
ternyata mengajar kami erti sebuah erti kesetian antara kami.
Kami satu kepala. Kami saling tolong menolong. Kami tak menyimpan hasad dengki
sesama sendiri.
Kami BERJAYA BERSAMA. Sampai
sekarang, sehingga detik ini kita tetap bersama kan. Walau masing2 telah
mempunyai jalan hidup sendiri. Ke utara, ke timur, ke selatan, ke barat tapi
kami tetap KAMI YANG DULU. Melaka ada, kuala lumpur ada, pulau pinang ada,
kelantan ada, perlis ada, kelantan ada. Semua ada di pelusok negara ni kecuali
sabah dan sarawak. Hehe. Pelbagai khusus yang diambil. Ada jurutera, ada ahli
perniagaan, ada pembantu perubatan, ada fisioterapi, ada jururawat dan
macam-macam. Asalnya kami hanya pelajar kelas 5 AL-RAZI. Kan kan kan.
Terima
kasih juga kepada guru2 yang tak henti2 mengajar kami. Time sejarah time kami tidur. Maaf cikgu. Kami
mengantuk sangat. Hehe. Time matematik time kami
segar kerana cikgu yang tegas tapi baik hati. Kami penakut. Time matematik tambahan kami terpisah. Ada kelas satu. Ada kelas
dua. Huhu. Time bahasa malaysia time kami
kena brain wash. Cikgu punya ayat buat kami sentap. Time bahasa inggeris buat kami
berfikir. Hari2 buat essay. Time biology time rehat.
Belajar sangat relax. Tak berat sebab cikgu kami baik. Time kimia sedikit stress kerna cikgu kami straight.
Tapi kami enjoy dalam mengantuk. Time fizik time semua
mata luas walaupun kami tak faham langsung. Kan kan. Cikgu kami tegas, garang
semua ada. Semua jadi nerd. Baju semua kemas. Semua senyap. No more gurau2.
Semua pengang pen dan buku. Entah apa yang ditulis. Kihkihkih. Time pendidikan agama sangat enjoy. Ustazah kami baik sangat2.
Tak pernah langsung tengok dia marah, lembut sangat. Sesungguhnya saya merindui
saat2 itu. Hendak diceritakan dalam blog ni memang sampai esok lusa pun tak
habis. Hanya mampu menyatakan bahawa AKU SANGAT MERINDUI ZAMAN PERSEKOLAH.
Zaman kami
sedang meningkat dewasa. Saat kami mengenal apa itu kasih sayang. Satu hal yang
dapat aku nyatakan kenapa sahabat dialam persekolahan lebih kekal berbanding
sahabat di alam universiti. Kerana saat itu kita berkawan kerana hati dan
memang niat ingin berkawan. Zaman universiti kita berkawan ada terselit niat
lain. maka itu yang menjadikan ia tidak kekal. * entah betul atau tidak*thank
you so much to you all. Kita SAHABAT. -à BUDAK2 5 AL
RAZI 2010, NUR FARAHIN, NOOR HAFIZA, NURUL JANNAH, WAN ASMIRA, ASIAH.





No comments:
Post a Comment