pada sautu cinta dahulu~~



Assalamuaikum semua. 

Sekejap je masa berlalu. Pejam celik dah 3 tahun aku tinggalkan alam persekolah. Alam yang mengajar aku erti sebuah NILAI SEBUAH PERSAHABATAN. Terbentuk peribadi seseorang melalui cara didikan di alam persekolahan selain daripada ibu bapa. Yes! Aku amat merindui saat2 manis itu. Saat kami semua berkejaran dengan buku. Berperang dengan matematik tambahan, kimia, fizik, biology, dan lain2. Saat tiap2 hujung minggu pun still kena pergi kelas tambahan. Bahagia. Bahagia. Bahagia jika teringat detik2 di alam persekolahan sautu ketika dahulu. Ternyata detik tersebut tidak akan pernah aku lupa walau apa pun yang terjadi. Im promise. Sekolah menengah kebangsaan dato razali ismail. Sekolah yang banyak menyimpan seribu kenangan. Form 5. Kelas kami diberi nama 5 AL-RAZI. Penghuni ni 31 pelajar. Kelas kedua daripada 6 buah kelas. Merupakan kelas sains tulen. Susah senang kami sentiasa bersama kan. Kelas sekecil yang mampu memuatkan kami semua ternyata mengajar kami erti sebuah erti kesetian antara kami. Kami satu kepala. Kami saling tolong menolong. Kami tak menyimpan hasad dengki sesama sendiri. 

Kami BERJAYA BERSAMA. Sampai sekarang, sehingga detik ini kita tetap bersama kan. Walau masing2 telah mempunyai jalan hidup sendiri. Ke utara, ke timur, ke selatan, ke barat tapi kami tetap KAMI YANG DULU. Melaka ada, kuala lumpur ada, pulau pinang ada, kelantan ada, perlis ada, kelantan ada. Semua ada di pelusok negara ni kecuali sabah dan sarawak. Hehe. Pelbagai khusus yang diambil. Ada jurutera, ada ahli perniagaan, ada pembantu perubatan, ada fisioterapi, ada jururawat dan macam-macam. Asalnya kami hanya pelajar kelas 5 AL-RAZI. Kan kan kan.

 Terima kasih juga kepada guru2 yang tak henti2 mengajar kami. Time sejarah time kami tidur. Maaf cikgu. Kami mengantuk sangat. Hehe. Time matematik time kami segar kerana cikgu yang tegas tapi baik hati. Kami penakut. Time matematik tambahan kami terpisah. Ada kelas satu. Ada kelas dua. Huhu. Time bahasa malaysia time kami kena brain wash. Cikgu punya ayat buat kami sentap. Time bahasa inggeris buat kami berfikir. Hari2 buat essay. Time biology time rehat. Belajar sangat relax. Tak berat sebab cikgu kami baik. Time kimia sedikit stress kerna cikgu kami straight. Tapi kami enjoy dalam mengantuk. Time fizik time semua mata luas walaupun kami tak faham langsung. Kan kan. Cikgu kami tegas, garang semua ada. Semua jadi nerd. Baju semua kemas. Semua senyap. No more gurau2. Semua pengang pen dan buku. Entah apa yang ditulis. Kihkihkih. Time pendidikan agama sangat enjoy. Ustazah kami baik sangat2. Tak pernah langsung tengok dia marah, lembut sangat. Sesungguhnya saya merindui saat2 itu. Hendak diceritakan dalam blog ni memang sampai esok lusa pun tak habis. Hanya mampu menyatakan bahawa AKU SANGAT MERINDUI ZAMAN PERSEKOLAH.

 Zaman kami sedang meningkat dewasa. Saat kami mengenal apa itu kasih sayang. Satu hal yang dapat aku nyatakan kenapa sahabat dialam persekolahan lebih kekal berbanding sahabat di alam universiti. Kerana saat itu kita berkawan kerana hati dan memang niat ingin berkawan. Zaman universiti kita berkawan ada terselit niat lain. maka itu yang menjadikan ia tidak kekal. * entah betul atau tidak*thank you so much to you all. Kita SAHABAT. -à BUDAK2 5 AL RAZI 2010, NUR FARAHIN, NOOR HAFIZA, NURUL JANNAH, WAN ASMIRA, ASIAH.

my FAMILY

assalamualikum sayang. May ALLAH bless to you all, serius. dah lama dah tak menjenguk laman blog ni, yelah sekarang busy duk mencurahkan kasih sayang pada laman muka buku. kita kan student BUKU tu harus. kuang2. hmm.. dah berdebu gila blog ni. alang2 dapat buka ni. aku nak lap2 segala bagai entry dari segala debu dan habuk2 yang mencemarkan. 
*******setelah beberapa jam lamanya*******
ha.. dah clear sudaaaaaaa... nah. hari ni aku nak update semua gambar2. letih dah berpeluh2 bersihkan blog ni. so, energy yang terkumpul hanya mampu update latest picture. kih3.. jom baby~~~
ini family member aku sebelah ayah, kitaorg picnic kat SEKAYU WATERFALL pada HARI RAYA KETIGA 2010 bcoz sepupu kami dr KL xpernah jumpa real waterfall,, love you WAN'S
ini my beloved mother N my brother. i love them so much much much. dorg nak balik MALAYSIA setelah seminggu menjelajah MEDAN INDONESIA.
sepupu yang kaw2 sporting... muahahahahhaha
then, ini atuk kesayang aku sampai bila2. dia sanggup X lunch just nak tunggu aku balik sekolah makan sama2. angah sayang ki ketat2. muah! moga sihat selalu.
okay..fuh. penat gak upload gambar ea, letih menunggu. loading je kerja. by the way, thanks bcoz jelajah i punya blog. assalamualikum 

kami GREEN PIN

Hai everyone. Dah lama jari jemari tak menari atas keyboard ni. *buka lagu stacy* Sekarang memang busy sentiasa. Cross yang bertimba-timba. Shiff yang sekejap pagi sekejap petang memang rest pun tak cukup. Menghabiskan masa LAPAN JAM berdiri dalam ward memang membuatkan segala tenaga habis digunakan. Balik terus LENA, memang aku pula yang jadi pesakit dekat hostel. Tak ada orang nak care.*sob sob sob* now! Lagi busy tahap double. Shiff pagi petang kena pergi class. Shiff petang, pagi pula kena pergi class. Mau tercabut kaki gue! Bukan merunggut tetapi sekadar meluahkan rasa. lagi 2 years semua penderitaan ini akan berakhir, then akan menjadi seorang staffnurse. *tangan kebahu mata keatas* banyak pengorbanan seorang nurse. Orang awan hanya pintar berkata2 tapi hakikatnya mereka tidak mengetahui hal yang sebenar. *cewah* Kita di dalam ward nak makan pun sempat tak sempat. Tak cukup tangan nak buat kerja. Bayangkan kalau ward medical yang memang pesakitnya tak surut2. Yang ni panggil yang itu panggil. Yang kiri, yang kanan, yang belakang, yang depan semua nak care. Mana cukup. Kadang2 terlupa apa yang patut dibuat. Hal pesakit semua kena care dari hujung rambut sampai hujung kaki. Ahli keluarga mereka? Kalau yang bertanggungjawab alhamdulilah TAPI kalau yang menyerahkan 100% pada staffnurse memang geram aku nak bagi injection jarum tumpul kat dorang *muka jahat* no wonder lah kalau staffnurse tak ada senyum kadang2. Bukan kami sombong tapi kami memang dah tak terdaya. Nak duduk pun mata kena berkerja. Mana tahu kot ada yang pengsan segala bagai. Eee! Kalau pagi2 buta aku terpacak di ward memang kesian tengok staffnurse yang berkerja shiff malam. Dengan tak boleh tidurnya. Mandikan pesakit yang tak terdaya bukan 2-3 orang. Kadang2 menghampiri 10 orang. Aku? Mandikan pesakit 2-3 orang pun nak tercabut tulang belakang ni. Haiya! Pesakit bukan yang boleh bergerak. So, semua tenaga dari kita untuk gerakkan dia. Kami sebenarnya seorang yang penyayang. *angkat bakul sendiri* Tapi yang best jadi seorang nurse adalah kita tahu macam mana nak jaga mak ayah nanti bila dorang dah tua. Darah? First time posting tengok darah yang memang banyak melimpah ruah. Fuh!! Terasa jalan tak terpijak lantai. Pening tak terkata. Sekarang depan mata, siap terintai2 tengok doktor potong kaki pesakit nak ambil tisu badan. Memang best. Berjam aku nak hentikan darah tu. Memancut2 keluar darah. Merah pekat. Haha. Nanah dari luka. Macam tak ada perasaan tengok. Time cuci luka paling best. Selagi luka tu tak sembuh selagi itu aku geram nak cuci. Intai selagi boleh. Kalau nampak ada penyembuhan rasa satu nikmat tahu!! Tengok pesakit meninggal depan mata. Terkaku aku. Lama2 dah terbiasa.. pagi boleh gelak2 lagi. Sembang2. Esok dah tak ada. Dah ajal. Dah habis usaha kami CPR dengan doktor. Semua jadi kelam kabut. Berlari sana sini. Terbalik ward. Semua jadi teamword. Macam wonderpets. For your information, segala penyakit ada di ward, HIV, HEP B, HEP C, TIBI, MRSA. Yang itu semua penyakit berjangkit berbahaya. But kami still touch dorang. Kami still care pasal dorang.  Kalau kami tak care siapa lagi yang nak care kan. Then, kami fikir itu adalah satu TANGGUNGJAWAB. Geram itu ada juga, dia yang gatal cari masalah terjebak dalam gejala dadah then masuk hospital AIDS, HIV. So, pandai2 jaga diri jangan sampai berjangkit. *Kesian kami* okay lah. Sampai disini cukup. Jemari ini dah menunjukkan tanda keletihan. By the way, korang kat luar tu boleh lah bercita2 nak jadi nurses ye. Ada banyak kebaikan. Banyak pahala. Yang best dapat bagi injection sambil tengok muka cuak pesakit. Lepas baji injection rasa puas hati. Hakhak. Assalamuaikum.

kenapa harus DUIT?


Duit duit duit. Sebut duit semua mata terbuka, sebut duit yang lena terus terbangun. Begitu memberi kesan pada dunia hari ini “DUIT”. Like me, tiap2 bulan elaun masuk around 6++ then sekarang KOT 8++ tapi still tak mencukupi. Bukan boros tapi duit sekarang memang diperlukan untuk beli itu, beli ini. Nak saving pun terfikir2. Terlalu banyak keperluan. By the way, aku dah berazam nak buat saving even 100 sebulan pun. Atleast ada juga saving untuk masa tua nanti. Yang paling simple, nak kahwin nanti pun senang dah ada saving kan kan kan? *tutup muka* so, berboros barang patut sahaja. Okay! Apa lagi nak di story kan ek? Umph, korang nak tahu x kenapa aku punya saving dah ZERO sekarang. Okay2. Dulu aku punya saving dah nak cecah 1k but bila dapat UiTM semua saving habis digunakan. Oh no, killer! Why? Why? Because dulu PTPTN tak apply lagi so, terpaksa kena guna aku punya saving. *Dari darjah 4 duduk simpan duit* by the way, untung juga aku saving time kecil2 comel dulu kan. *gigit jari* yelah. Time darurat macam ni dapat lah guna saving tu. Ringan beban mak ayah kan. Dorang dah susah. Tak kan aku nak tambahkan lagi. Tak sanggup. Biar susah aku jangan susahkan mereka. Tapi kadang2 selalu je aku mintak tolong top4 kan. Hehe. Tapi bukan selalu. Alah, muka tak ada boyfriend. Nak bergayut berjam2, mcg berjam2 kan. Memang taklah kan. So, just top4 if ada important case je. Wow!! Betul lah *tangan kebahu mata keatas* sekarang aku dah ada elaun, so segala makan pakai aku kat PENANG ni 100% from my elaun. Cukup k, x cukup k sendiri tanggung. Tiket bas semua wang poket 2. Kecuali duit buku. Hehe. Time tu aku darurat kedekut then my mom hulurkan. So, apa lagi. Hehe. By the way, nanti kalau aku dah ada saving banyak2. Akan aku hulurkan untuk my parents. Nak tunggu dapat gaji? Wow. Lambat lagi kot. Sekarang still study, so memang mimpi lah nak tunggu gaji. The most important aku punya mak selalu pesan jangan berhutang dan jauhi hutang. Biar kita kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Makesure kita masih larat lagi nak hidup and tahu berusaha untuk dapatkan duit dengan cara halal. Tak kan tak ada duit aja terus nak hutang. Nak makan sedap2 pakai cantik tapi duit habuk pun tak ada. Biar papa asal gaya. Kan kan. Oh no. Kalaulah ada kes kecemasan boleh juga nak hutang kan. Orang yang nak bagi duit pun senang. Okay. No more pasal hutang. Apa yang penting aku still ingat didikan my mom for me sejak kecil lagi. Sekarang korang tolong doakan ea agar aku dapat buat saving banyak2. Baru bahagia hidup. Hahahaha. Okay lah. Jemari dah letih menari atas keyboard ni. Lain masa kita story lagi. Lain masa kita jumpa lagi. By the way, aku ada ole2 santapan mata. Ni aku punya budak bilik dengan beruniform NURSE green pin. Time ni kawan bawa phone ke class DENGAN IZIN okay. Aku ulang DENGAN IZIN. Bukan secara haram. Yelah college ni kan mengharamkan phone dibawa ke class. So bad! Hoho.then. Aku punya bilik baru. This year aku dapat bilik baru. Terpaksa dipindahkan. Apa2 pun alhamdulilah. Okay the end. Jom ~~~~~~

syahirah punya simpanan.

Assalamuaikum. Hai, apa khabar. Sihat? Hari ni dh 26.12.2012. lagi beberapa hari nak masuk new year. 2013. Oh No!! Why? Because umur dah sweet 20 year old. SWEET K?? JANGAN PERASAN SYAHIRAH OII..  Saya ulang 20 tahun sudah. Tua right? Haha. Rasa macam tak ready lagi nak capai 20 tahun. Dari angka 1 beralih kepada 2. Okay, fine. Agak2 nya lah semua yang nak beralih angka 1 kepada 2 mesti punya perasaan macam saya kan kan kan? Haish. Berpijaklah di bumi yang nyata. Beranilah menerima kenyataan wahai Wan Syahirah. Okay! Yang penting saya kena senyum dan kekalkan awet muda okay. Hahahaha PERASAAN, PUIH PUIH. Umur hanya angka. Saya ulang UMUR HANYA ANGKA. SEKADAR ANGKA. Huhuhu. Dah nak masuk 20an. Still single. Im limited edition UNTUK yang halal sahaja right. Korang?? Cerita sikit. Ce citer, ce citer. Hehe JUST KIDING. Hobby saya still sama sejak dibangku sekolah lagi. Nak tahu x apa? Nak tahu x? Jeng --> saya suka kumpul watch. 

 Memang bukan yang brand mahal punya. Oh men, saya tak ada banyak duit. Cukup2 makan je. Yang mana2 pun boleh janji cantik, tahan lama dan tak banyak problem. Battery tahan lama. Tali yang utuh. Haha. About perfume. Okay, tak ada picture nak snap. Malas nak susun perfume. About perfume saya suka yang dijual di COSWAY n AVON. Yang lain kurang sikit sebab saya dah terbiasa dengan aroma itu. Pening lah nak tukar2. Most important hanga nya sangat sangat berbaloi. Lagi murah dari yang dijual di mall. Betul tak tipu. Murah itu penting!! Haha. Kasut. Kasut. Kasut. Wow. Wow. Mata ni dah tak nampak yang lain. Yang simple, cute, sedap dipakai. Cukup!! Murah?? Wajib murah. Haha. Then, handbag. Kita kan perempuan right? So, handbag barang wajib ok. F. Timber. Saya suka dia punya design. Comel. Tapi sometime 2 ada yang tak berkenan. Yang satu lagi Gio. Fiore.
 (GAMBAR HANYA HIASAN)
 Kalau yang ni hampir semua dia punya design menawan!! Memang kena sangat dengan selera. Comel sangat. Brand lain tak terasa lagi nak intai2. Kalau intai2 pun sure tak menambat hati. Hak tui!! Okay lah, memang 100% kot hobby ni saya bawa sampai berpuluh-puluhan. Bukan 20an sahaja. 20an?? Okay. Saya akan belajar sedaya upaya untuk menerima hakikat bahawa next year im 20 year old. Smile. Thank you kerana singgah saya punya blog yang melalut tak tahu arah. Bye. Assalamualikum. Love you! Muah